Thursday, November 5, 2009

Pantun-pantun Belia



































Bunga kemboja berseri warn









sunting hiasan indah jambangan,
generasi muda pengukuh wahana,





teras landasan agenda perpaduan.






Terpanah suria bercahaya ceria,





dara bersimpuh berselendang labuh,





amanah belia anugerah kurnia,





akarnya kukuh rimbunnya meneduh.






Terendak terlaris terjual habis





warisan budaya wadah cendekia,





tunggak pewaris membenteng baris,





satu belia satu Malaysia.






Angin menderu menyentuh kalbu





membisik nyaman mengusik rawan,





belia sepadu wawasan dituju,





menjana perpaduan pengukuh watan.






Dahan rapuh tersekah luruh





jatuh di perdu menimpa batu,





biar guruh menghambur geruh,





semangat berpadu belia bersatu.

Tuesday, October 27, 2009

Perjuangan Memartabatkan Golongan Belia







Perjuangan dalam belia merupakan perjuangan yang memerlukan keihlasan dan kejujuran kerana kita bakal menghadapi cabaran yang cukup besar. Perjuangan ini tidak hanya untuk kepentingan peribadi sahaja tetapi harus memikirkan perjuangan bangsa dan negara.